1,300 sekolah di seluruh negara dianggap tak selamat, kata KPM

1,300 sekolah di seluruh negara dianggap tak selamat, kata KPM

Kos yang dijangka terlibat untuk menaik taraf dan membangunkan semula bangunan daif di sekolah-sekolah ini dianggarkan berjumlah lebih RM15 bilion.

Sebuah sekolah daif di Sarawak menjalani pembaikan.
PETALING JAYA:
Terdapat 1,311 sekolah yang dianggap tidak selamat di negara ini, kata Kementerian Pendidikan (KPM).

Dalam jawapan bertulis kepada Ahli Parlimen Sibu Oscar Ling Chai Yew, ia berkata, 73 daripadanya mempunyai bangunan yang dikategorikan sebagai “skala 7”, iaitu disahkan sebagai tidak selamat digunakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).

Bakinya mempunyai bangunan daif pada “skala 6”, iaitu disahkan tidak selamat oleh pihak teknikal Pejabat Pendidikan Daerah atau Jabatan Pendidikan Negeri.

“Anggaran kos yang dijangka terlibat untuk menaik taraf dan membangun semula bangunan daif di 1,311 buah sekolah berjumlah RM15.077 bilion.

“Bagaimanapun, pelaksanaan projek ini tertakluk kepada kelulusan agensi pusat dan kedudukan kewangan semasa kerajaan,” kata KPM.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.