
Dalam satu kenyataan media hari ini, sekretariat parti itu berkata, majlis pimpinan PKR Sarawak membuat pelantikan itu pada 27 Nov.
“Pelantikan beliau adalah kerana pengalamannya yang luas dan lebih-lebih lagi beliau telah memutuskan untuk tidak bertanding dalam PRN kali ini. Ini bermakna beliau boleh memberi tumpuan kepada tugas besar ini untuk memastikan calon PKR menang,” kata kenyataan itu menurut laporan Borneo Post.
Ng meninggalkan PKR pada 2011 tetapi kembali ke parti itu pada Mei tahun lalu.
Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padungan itu sebelum ini dilaporkan berkata, anak perempuannya Cherishe akan menjadi calon PKR yang berpotensi untuk kawasan Batu Lintang dalam PRN kali ini.
Cherishe adalah penuntut undang-undang di firma guaman bapanya.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 6 Dis sebagai hari penamaan calon manakala hari pengundian ialah pada 18 Dis.