Lelaki maut tercampak dari kereta

Lelaki maut tercampak dari kereta

Mangsa, Che Malias Harun, disahkan meninggal dunia dalam kemalangan di Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, dekat Kampung Labuhan Kerteh semalam.

Kejadian dikatakan berlaku ketika pasangan terbabit dalam perjalanan dari Kampung Merchang, Marang untuk pulang ke rumah di Kampung Geliga.
PETALING JAYA:
Seorang lelaki maut manakala isterinya cedera selepas kereta dinaiki mereka terbabit kemalangan di Kilometer 109, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, dekat Kampung Labuhan Kerteh, di sini, petang semalam.

Mangsa, Che Malias Harun, 69, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah dalam kejadian jam 4.30 petang itu.

Isterinya yang juga warga Thailand, Missroheemah Dueloh, 51, dihantar ke Klinik Kesihatan Kerteh untuk rawatan lanjut.

Menurut laporan Harian Metro, kejadian dikatakan berlaku ketika pasangan terbabit dalam perjalanan dari Kampung Merchang, Marang untuk pulang ke rumah di Kampung Geliga.

Bagaimanapun, kereta Perodua Bezza dipandu mangsa hilang kawalan dan terbabas selepas melalui sebuah selekoh hingga menyebabkan mangsa tercampak ke dalam longkang.

Ketua Polis Daerah Kemaman Hanyan Ramlan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkenaan kejadian itu.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk bedah siasat sebelum dituntut ahli keluarga.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.