Lebih 83% populasi remaja lengkap divaksin

Lebih 83% populasi remaja lengkap divaksin

Sebanyak 2,766,649 individu atau 87.9% golongan itu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 52,666,489.
KUALA LUMPUR:
Seramai 2,615,923 atau 83.1% daripada populasi remaja di negara ini lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19, setakat 11.59 malam tadi.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan menerusi laman CovidNow, sebanyak 2,766,649 individu atau 87.9% golongan itu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi populasi dewasa pula, seramai 22,455,762 individu atau 95.9% telah melengkapkan vaksinasi mereka, manakala 22,957,009 atau 98% lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.

Sebanyak 113,741 dos vaksin diberikan semalam melibatkan 4,929 dos pertama, 6,376 dos lengkap serta 102,436 dos penggalak.

Perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 52,666,489.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.