PAS desak SPRM, polis perjelas siasatan 1MDB terhadap suami Zeti

PAS desak SPRM, polis perjelas siasatan 1MDB terhadap suami Zeti

Ketua Penerangan PAS, Khairil Nizam Khirudin berkata polis juga wajar tampil menjelaskan hasil siasatan itu memandangkan ia telah bermula sejak awal 2021 lagi.

Khairil Nizam Khirudin berkata, penjelasan harus diberikan segera kerana ia melibatkan wibawa institusi awam.
PETALING JAYA:
PAS mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis menjelaskan secara terperinci siasatan aset dana milik 1MDB melibatkan akaun syarikat yang dikaitkan dengan Tawfiq Ayman, iaitu suami bekas Gabenor Bank Negara, Zeti Akhtar Aziz.

Iron Rhapsody Ltd dan Cutting Edge Industries Ltd turut dikaitkan dengan individu bernama Samuel Goh, iaitu rakan kongsi Tawfiq, seperti yang didedahkan dalam laporan SPRM sebelum ini.

Ketua Penerangan PAS, Khairil Nizam Khirudin berkata, polis juga wajar tampil menjelaskan hasil siasatan itu memandangkan ia telah bermula sejak awal 2021 lagi.

“Polis juga mengakui bahawa siasatan telah dijalankan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

“Penjelasan harus segera diberikan kerana ia melibatkan wibawa institusi awam,” katanya dalam kenyataan.

Pada Februari, FMT melaporkan Tawfiq dan anak-anaknya menguruskan akaun bawah nama Cutting Edge Industries Ltd, yang menerima wang yang dikaitkan dengan 1MDB.

Menurut pendedahan MalaysiaToday, wang dalam akaun itu disalurkan daripada Iron Rhapsody Ltd yang ditubuhkan untuk menerima wang daripada ahli perniagaan dikehendaki, Low Taek Jho atau Jho Low.

Menurut laporan The Edge, Iron Rhapsody menerima USD16.22 juta daripada syarikat atau akaun bank yang dikaitkan dengan Low pada 2008 dan 2009.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.