Mohamaddin masuk Bersatu

Mohamaddin masuk Bersatu

Ahli Parlimen Lahad Datu yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Segama itu menyertai Bersatu selepas mengumumkan keluar Warisan pada 30 Okt lalu.

Pada 30 Okt lalu, Mohamaddin mengumumkan keluar daripada Warisan kerana mahu memberi tumpuan memaju dan membangunkan Parlimen Lahad Datu serta DUN Segama.
PETALING JAYA:
Ahli Parlimen Lahad Datu yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Segama Mohamaddin Ketapi secara rasminya menjadi ahli baharu Bersatu.

Setiausaha Agung Bersatu Hamzah Zainudin dalam kenyataan berkata, permohonan keahlian Mohamaddin diperaku dan diterima dalam mesyuarat khas Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu malam tadi yang dipengerusikan Presidennya Muhyiddin Yassin.

Katanya, penyertaan baharu itu bakal mengukuhkan lagi kedudukan kerajaan negeri Sabah pimpinan Ketua Menteri Hajiji Noor.

Pada 30 Okt lalu, Mohamaddin mengumumkan keluar daripada Warisan kerana mahu memberi tumpuan memaju dan membangunkan Parlimen Lahad Datu serta DUN Segama.

Mengenai perkembangan pilihan raya negeri (PRN) Sarawak, Hamzah berkata, Bersatu akan mengadakan perbincangan lanjut bersama parti komponen Perikatan Nasional (PN) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi menentukan strategi dan persiapan menjelang PRN itu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh PRN Sarawak ke-12 akan diadakan pada 18 Dis ini.

Selain itu, parti itu memutuskan akan mengadakan Persidangan Agung Tahunan (PAT) Bersatu kelima pada 18 dan 19 Dis ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya yang bakal dihadiri 1,600 perwakilan dari seluruh negara secara fizikal.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.