
Pelaburan hartanah adalah satu pengorbanan yang tinggi bukan sahaja dari segi wang malah juga masa.
Pertama sekali, mengambil pinjaman adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan, tidak kiralah daripada bank atau institusi pinjaman lain.
Bergantung kepada jumlah wang muka yang dibayar pula, tempoh pinjaman mungkin memakan masa antara 10 hingga 35 tahun.
Jadi, sebelum menurunkan tandatangan, pastikan hartanah pilihan anda dibina oleh pemaju yang mempunyai reputasi baik, terletak di lokasi mudah diakses dan menawarkan kemudahan baik, progresif selain dirancang ke arah gaya hidup masa depan.
Pengurus Besar MCL Land (Malaysia) Sdn Bhd, Tan Ching Meng, menggariskan lima sebab mengapa sekarang mungkin merupakan masa terbaik untuk membeli hartanah.
“Sejak Mac 2020, pelbagai sekatan pergerakan yang berulang kali dilaksanakan akibat pandemik Covid-19 memaksa ramai orang bekerja dari rumah. Secara tidak langsung ini membuka mata ramai orang betapa pentingnya untuk memiliki kediaman sendiri,” katanya.
1. Persekitaran kadar faedah rendah
Sekarang masa yang terbaik untuk membeli hartanah kerana kadar faedah adalah pada tahap terendah sejak 20 tahun, sekali gus menawarkan akses lebih mudah kepada pembiayaan.
Malah ketika ini seseorang berpeluang mengambil pinjaman perumahan dengan kadar faedah serendah 2.95% setahun.
Tambahan pula Tan berkata, pembeli rumah kali pertama boleh mendapat margin pinjaman maksimum, iaitu 90%.
“Ini permulaan yang baik untuk generasi muda kerana mereka akan berada dalam pasaran kerja untuk tempoh lebih lama,” katanya.
2. Kempen Pemilikan Rumah (HOC)
Kerajaan menawarkan sokongan untuk pembeli rumah bawah kempen perumahan sedia ada yang tamat pada 31 Dis 2021.
Di bawah skim ini, pembeli menikmati pengecualian 100% duti setem bagi Instrumen Pindah Milik untuk sebarang pembelian rumah kediaman sehingga nilai RM1 juta, selain pengecualian separa bagi hartanah kediaman bernilai lebih RM1 juta sehingga RM2.5 juta.
Bagi pembelian rumah yang berharga RM500,000, seseorang mampu menjimatkan sehingga RM9,000 dengan RM100,000 pertama dikenakan cukai 1% manakala RM400,000 seterusnya pula 2%.
Perjanjian pinjaman turut diberikan pengecualian duti setem, bererti penjimatan yang lebih tinggi bawah Kempen Pemilikan Rumah (HOC), kata Tan.
3. Pertumbuhan jangka panjang dalam kejiranan yang matang
Lokasi memang amat penting untuk dipertimbangkan. Contohnya, melihat kepada Wangsa Maju, ia boleh dianggap kejiranan matang dengan kepelbagaian aktiviti peruncitan untuk kumpulan kelas pertengahan yang boleh diakses dengan mudah dan selesa.
Akses ke kawasan Wangsa Maju dan sekitarnya juga amat baik dan berpotensi tinggi mengalami pertumbuhan nilai memandangkan infrastruktur baik yang turut ditawarkan di situ.
Tidak dilupakan, satu lagi faktor penting untuk difikirkan adalah keterhubungan sesuatu kawasan.
Dari segi itu juga Wangsa Maju mempunyai kelebihan kerana terletak hanya 8km dari Kuala Lumpur City Centre (KLCC) /pusat bandar Kuala Lumpur dan 10km dari kawasan kewangan baharu, Tun Razak Exchange.

4. Pelindung inflasi
Pembelian hartanah yang dibangunkan dengan baik di lokasi hebat dapat melindungi pembeli daripada inflasi. Ia juga boleh dianggap pelaburan yang selamat dan mantap, terutama melihat kepada persekitaran global hari ini yang turun naik dan tidak menentu.
Dua manfaat besar boleh dilihat dalam pemilikan hartanah, iaitu sewa yang boleh diperoleh sekiranya anda memilih untuk tidak tinggal di situ dan peningkatan nilai modal.
Jadi jika ada pelbagai kemudahan yang mudah diakses di sesuatu kawasan, termasuk di sekitar hartanah itu sendiri, ia pasti akan menambah potensi peningkatan nilainya.
Hartanah dianggap pelindung inflasi yang baik kerana nilainya lazimnya akan meningkat seiring dengan tekanan inflasi.

5. Simpanan lebih baik
Pasaran kini memang memihak kepada pembeli kerana syarikat pemaju terus menawarkan pelbagai insentif. Tambahan pula, kempen pemilikan kediaman berterusan oleh kerajaan menawarkan pakej pemasaran menarik untuk bakal pembeli.
Quinn by MCL Land di Wangsa Maju
Projek pembangunan “Quinn oleh MCL Land” di Wangsa Maju nyata dapat menjadi titik permulaan baik untuk anda memiliki kediaman idaman.
Dilancarkan tahun lalu, Quinn adalah projek melibatkan 361 unit merangkumi 1.68 ekar tanah menjadikannya pembangunan berkepadatan rendah.
Pelbagai saiz unit ditawarkan untuk bakal pembeli, sama ada kediaman satu bilik dengan bilik bacaan seluas 538 kaki persegi atau rumah seluas 1,070 kaki persegi dengan empat bilik.
Harga ditawarkan juga menarik, bermula dari RM480,000.
Pelbagai kemudahan ditawarkan di Quinn yang dilihat dapat memupuk semangat komuniti yang kuat. Ini termasuk kolam renang “infinity”, ruang kerja bersama dan “sky gym”.
Quinn adalah projek pertama MCL Land di Kuala Lumpur yang dijadualkan siap pada 2023. Selain itu, sebanyak 25 ekar tambahan turut diperuntukkan bagi projek lain di Wangsa Maju pada masa akan datang.
Syarikat itu adalah ahli Jardine Matheson Group bawah Hongkong Land yang memiliki portoflio luas melibatkan hartanah kediaman terkemuka di China, Hong Kong, Singapura, Vietnam, Filipina, Indonesia dan Thailand.
Untuk maklumat lanjut mengenai MCL Land dan Quinn, layari mclland.com.my atau quinn.com.my.