PRN Sarawak: 5 penyandang kerusi daripada GPS kekal

PRN Sarawak: 5 penyandang kerusi daripada GPS kekal

Pengerusi Gabungan Parti Sarawak Abang Johari Openg berkata kelima-lima penyandang kerusi itu telah bekerja kuat sewaktu berkhidmat di kawasan masing-masing.

Langkah mempertahankan lima penyandang kerusi di Miri dapat membantu pasukan lebih besar dalam GPS. (Gambar Bernama)
MIRI:
Lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sarawak, iaitu bagi Bekenu, Lambir, Piasau, Senadin dan Marudi akan mempertahankan kerusi masing-masing dalam pilihan raya negeri (PRN) pada 18 Dis ini.

Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) Abang Johari Openg yang mengesahkan perkara itu berkata, kelima-lima penyandang kerusi terbabit telah bekerja kuat sewaktu berkhidmat di kawasan masing-masing.

“Insya-Allah kita akan kekalkan supaya pasukan ini dapat membantu saya dalam pasukan yang lebih besar di dalam GPS,” katanya semasa berucap pada majlis Makan Malam Pemimpin Bersama Rakyat, malam tadi.

Mereka ialah Rosey Yunus, Ripin Lamat, Sebastian Ting, Lee Kim Shin dan Penguang Manggil.

Mengulas nasib penyandang bagi dua lagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Bahagian Miri, iaitu DUN Telang Usan dan Mulu, Abang Johari memberi bayangan akan mengumumkan sesuatu ketika lawatannya ke Mulu hari ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.