Harga produk Gardenia naik mulai 1 Dis

Harga produk Gardenia naik mulai 1 Dis

Produk yang terlibat termasuk Gardenia Original Classic dan Gardenia Fluffy Buns.

Menurut Gardenia, kenaikan harga bagi produk rotinya disebabkan oleh peningkatan kos bahan mentah dan caj pengangkutan.
PETALING JAYA:
Harga runcit dan pengguna bagi pelbagai produk roti dan ban Gardenia akan dinaikkan mulai 1 Disember.

Harga baharu Gardenia Original Classic 400g adalah RM2.80 sebuku (naik daripada RM2.50), Gardenia Original Classic Jumbo 600g RM4 (naik daripada RM3.55), dan Gardenia Bran & WheatGerm 400g RM2.90 (naik daripada RM2.50).

Selain itu, harga Gardenia Fluffy Buns akan naik kepada RM3.70, dan Gardenia Puazz Buns kepada RM1.30.

Dalam surat kepada peruncit, syarikat itu berkata, semakan harga itu disebabkan peningkatan kos bahan mentah dan caj pengangkutan.

Ketika dihubungi bagi mendapatkan komen, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) berkata, ia masih belum menghubungi Gardenia dan pihaknya akan bertemu pengurusan syarikat itu esok sebelum mengeluarkan kenyataan.

Gardenia bukanlah satu-satunya pembekal hasil makanan yang menyemak atau menaikkan harganya, dengan harga sayur-sayuran turut meningkat baru-baru ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.