
Perkara utama yang menjadi pengajaran kepada kita semua susulan pandemik Covid-19 adalah betapa pentingnya menjaga kebersihan, tidak kira sama ada di rumah, pejabat atau kawasan awam lain.
Seperti yang diketahui, penularan wabak Virus Covid-19 boleh dikurangkan dengan melaksanakan penjarakan sosial, memakai pelitup muka dan menjaga kebersihan diri. Namun begitu, haruslah diingatkan, pembawaan zarah dalam udara juga adalah merupakan salah satu faktor yang menjadi punca kepada penyebaran wabak. Malah bukan hanya wabak Covid – 19, jangkitan virus lain juga boleh dijangkiti menerusi udara termasuk selesema, tuberkulosis(TB) dan influenza.
Virus ini bukan sahaja mengancam kesihatan anda, tetapi juga mereka yang berada di sekeliling anda termasuklah kanak – kanak dan warga emas. Penyebaran virus adalah sangat cepat dan boleh menjadi penyakit yang kronik terutama kepada mereka yang mempunyai sejarah masalah pernafasan.
Terjamin setiap masa
Salah satu cara untuk mengurangkan risiko dijangkiti Covid-19 adalah dengan kerap mencuci kediaman anda.
Mencuci dan mengelap semua permukaan fizikal di rumah dengan menggunakan bahan pencuci dan kain bersih masih tidak memberi jaminan kepada 100% pembersihan. Hal ini kerana, sesetengah virus memerlukan lebih kuasa dari hanya bahan pencuci dan kain bersih untuk dihapuskan. Oleh itu, adalah wajar bagi anda untuk mencuba satu pendekatan yang baru sebagai langkah pencegahan.
Walaupun kotoran dan habuk mudah sahaja dibersihkan dengan menggunakan pembersih hampagas atau penyapu, patogen serta bahan – bahan cemar,yang realitinya tidak dapat dilihat dengan mata kasar dan berkebolehan untuk mendatangkan penyakit, hanya boleh dihapuskan menerusi proses sanitasi serta pensterilan.
Apabila anda mensanitasi dan mensteril permukaan di dalam rumah secara berterusan, anda boleh mengurangkan risiko jangkitan silang, seterusnya mewujudkan persekitaran lebih selamat untuk orang tersayang.

Menyedari kebimbangan umum mengenai kebersihan dalam era penuh sejarah ini, syarikat teknologi kesihatan, Medklinn, memperkenalkan Asens+20 dan Asens+40, iaitu alat pensterilan untuk kegunaan di kediaman anda.
Walaupun bersaiz kecil, Asens+20 dan Asens+40 mampu mensteril udara dan permukaan di kediaman anda, ia meliputi keluasan dari 200 kaki persegi sehingga 400 kaki persegi.
Teknologi penseterilannya yang dipaten, CerafusionTM dapat memusnahkan 99.9% bau busuk, bakteria, kulapuk dan virus yang boleh didapati pada katil, sofa, permaidani dan langsir.
Alat ini mempunyai kadar kospenyelenggaraan yang rendah dimana anda hanya perlu menukar katrijnya selepas1 tahun penggunaan dan ia boleh dilakukan sendiri!
Asens+20 dan Asens+40 Medklinn juga tidak menggunakan tenaga elektrik yang tinggi walaupun dipasang sepanjang masa.
Selamat di tempat kerja
Memandangkan lebih banyak pejabat dibuka selepas berakhirnya sekatan pergerakan, ramai pekerja sudah pasti bimbang akan keselamatan mereka di tempat kerja. Sebagai majikan, salah satu cara untuk meningkatkan keyakinan pekerja adalah dengan memastikan keselamatan dan kesejahteraan mereka terjamin sepanjang berada di pejabat.
Ini mudah dicapai dengan melaksanakan pembersihan ruang kerja sekerap mungkin.
Bagaimanapun, melakukan proses pembersihandengan kerapboleh menelan kos dan perbelanjaan yang tinggi dan ini pastinya menjadi salah satu kekangan kepada syarikat-syarikat yang kecil. Mensteril udara ternyata menjadi pendekatan yang lebih berbaloi dan Medklinn memberikan anda penyelesaian terbaik bagi tujuan itu.
Business Solutions Air+Surface Sterilization Systems Medklinn menjaminkan kebersihan dan keselamatan tahap tertinggi secara berterusanoleh kerana sistemnya direka untuk beroperasi sepanjang masa.
Sistem tersebut mampu beroperasi dengan berkesan sama ada dalam ruang sekecil 350 kaki persegi, sehinggalah seluas 10,000 kaki persegi bagi setiap sistem.
Sistem ini mampu menghapuskan masalah yang kerap berlaku di dalam bangunan seperti bakteria, kulapuk dan bau busuk.
Bebas kimia dan mampan
Walaupun terdapat banyak peranti pensterilan di pasaran, Medklinn adalah perintis dalam teknologi dan produk pensteril yang bebas kimia dan mampan sejak 15 tahun lepas.
Menggunakan teknologi pensterilan CerafusionTM yang dipaten, rangkaian produk Medklinn menghasilkan oksigen aktif secara semulajadi – mengandungi tahap ozon dan ion negatif yang terkawal – dan mensteril udara serta permukaan di mana-mana persekitaran dalam bangunan. Ini menjamin tahap kebersihan dan keselamatan terbaik pada setiap masa.
Malah lebih menarik lagi, produk Medklinn terbukti secara saintifik dapat menghapuskan lebih 99.9% alergen, bakteria, bau busuk, kulapuk, virus dan bahan toksik lain.
Harganya juga adalah sangat berpatutan dan anda tidak perlu mengupah mana – mana khidmat pakar untuk mensteril kediaman kerana rangkaian peranti Medklinn cukup berkesan dengan kos yang sangat rendah.
Rangkaian peranti Medklinn juga ringan dan mudah alih. Siri HomeTravel adalah pilihan sempurna bagi mereka yang kembali ke pejabat setelah sekian lama bekerja di rumah untuk dibawa bersama dalam kenderaan mahupun diguna pakai diluar.

Direka khas dengan reka bentuk yang lebih kecil dan padat, model ini menggunakan USB Mikro memberi kemudahan kepada pengguna untuk meletakkan secara fleksibel sama ada di kereta mahupun di pejabat.
Seperti peranti Medklinn yang lain, siri HomeTravel ini walaupun bersaiz kecil juga mampu menghapuskan 99.9% bakteria, allergen, hama, habuk, dan semua bahan pencemar lain di udara serta pada permukaan*.
Versa 25 dan Versa 45 boleh meliputi ruang dari 250 kaki persegi sehingga 450 kaki persegi dan boleh didapati dalam pelbagai warna menarik mengikut cita rasa anda.
Untuk menikmati penjimatan sehingga RM170, layari Medklinn’s Safety+ Combo sekarang.
*Menurut kajian oleh HygCen Research Institute di Jerman, Medklinn Cerafusion Sterilisation Technology berjaya memusnahkan kuman bawaan udara sehingga 99.9% dengan keberkesanan sama terhadap virus sampul seperti virus korona dan influenza.