
Berdasarkan data Kementerian Kesihatan menerusi laman CovidNow, sebanyak 2,760,656 individu atau 87.7% daripada golongan itu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Bagi populasi dewasa pula, 22,425,264 individu atau 95.8% telah lengkap vaksinasi, manakala 98% atau 22,936,203 individu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.
Sebanyak 135,631 dos vaksin diberikan semalam melibatkan 10,473 suntikan dos lengkap, 5,233 menerima dos pertama dan 119,925 mendapat suntikan dos penggalak.
Perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 52,232,576.