
Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) itu berkata, PRN Sarawak perlu diadakan bagi mendapatkan mandat yang sah daripada rakyat.
Semua rakyat Sarawak perlu memberikan peluang kepada GPS untuk terus mentadbir negeri ini bagi menyambung segala projek pembangunan yang telah dirancang, katanya pada majlis Makan Malam Bersama Rakyat di sini, malam tadi.
“Belum habis lagi kerja kita (GPS). Beri saya mandat…saya akan berjuang bagi mendapatkan hak-hak Sarawak. Jika tiada mandat daripada rakyat, saya hendak berjuang atas apa?,” katanya.
Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak sepatutnya terbubar pada 7 Jun lepas selepas cukup lima tahun dari tarikh mesyuarat pertamanya diadakan.
Namun ia ditangguhkan susulan proklamasi darurat di Sarawak oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah bermula dari 2 Ogos 2021 hingga 2 Februari 2022 berikutan ancaman pandemik Covid-19.
Bagaimanapun, Agong berkenan menamatkan darurat pada 3 Nov lepas sekali gus menyaksikan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak terbubar bagi memberi laluan kepada PRN Sarawak ke-12.