Dos penggalak diberi esok kepada Ahli Parlimen yang belum terima

Dos penggalak diberi esok kepada Ahli Parlimen yang belum terima

Pemberian akan berlangsung mulai 9 pagi hingga 1 tengah hari, kata Timbalan Speaker Dewan Rakyat Mohd Rashid Hasnon.

Ahli Parlimen yang belum menerima dos penggalak vaksin Covid-19 perlu menghubungi klinik Parlimen bagi membuat janji temu.
KUALA LUMPUR:
Dos penggalak vaksin Covid-19 akan diberikan esok dalam sesi ketiga kepada Ahli Parlimen yang belum menerimanya di klinik Parlimen.

Timbalan Speaker Dewan Rakyat Mohd Rashid Hasnon berkata, pemberian dos penggalak itu akan berlangsung dari 9 pagi hingga 1 tengah hari.

“Ahli-ahli Yang Berhormat boleh menghubungi Dr Murugesu Raju di klinik Parlimen untuk mendapatkan maklumat lanjut dan membuat janji temu bagi penerimaan dos penggalak tersebut,“ katanya dalam pemakluman sebelum sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Kementerian Kesihatan (KKM) menjalankan pemberian dos penggalak kepada Ahli Parlimen pada 2 dan 11 Nov lepas.

Pemberian dos penggalak bermula di seluruh negara 13 Okt lepas bagi individu yang mendapat dos lengkap vaksin bagi memastikan imuniti yang diterima dapat dikekalkan bagi tempoh optimum, khususnya terhadap jangkitan varian Delta virus berkenaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.