
Menerusi kerjasama di bawah Gabungan Parti Sarawak (GPS), Manyin menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tebedu sejak 1996 dan kini merupakan Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi.
“Ini muktamad. Saya telah membuat keputusan dan Ketua Menteri menerimanya,” katanya menurut laporan Borneo Post.
Pada PRN 2016, Manyin menang dengan majoriti 6,193 undi menewaskan calon PKR Alex Saben.
“Saya tidak kecewa. Saya tidak menyesal. Keputusan ini dibuat secara sukarela dan tiada sesiapa yang memaksa saya,” katanya selepas 25 tahun berkecimpung dalam arena politik.
Sebelum ini, tiga ADUN PBB, Abdul Wahab Aziz (Kalaka), Naroden Majais (Gedong) dan Ambrose Blikau Enturan (Katibas) mengumumkan tidak akan bertanding pada PRN akan datang.
Dengan pilihan raya semakin hampir, persoalan timbul mengenai tokoh yang akan mewakili kerusi majoriti Bidayuh dalam GPS.
Manyin juga menaruh keyakinan untuk memenangi lapan kerusi Bidayuh bawah gabungan GPS.
Kerusi tersebut ialah Opar, Tasik Biru, Serembu, Mambong, Tarat, Tebedu, Kedup, dan Bukit Semuja.