Menteri agama perjelas dana JAKIM tambah RM3.5 juta

Menteri agama perjelas dana JAKIM tambah RM3.5 juta

Idris Ahmad berkata, pertambahan dana itu diperlukan untuk menyokong kos operasi JAKIM.

Idris Ahmad berkata, tambahan peruntukan bajet sebanyak RM3.5 juta akan digunakan untuk membayar sewa dan program anjuran JAKIM.
PETALING JAYA:
Peningkatan peruntukan Bajet 2022 sebanyak RM3.5 juta untuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi menampung kos operasi jabatan itu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad di Dewan Rakyat.

Beliau berkata, peruntukan itu dinaikkan daripada RM747 juta pada 2021 kepada RM751 juta untuk 2022.

“Kenaikan sebanyak 0.48% itu diperlukan untuk menampung kos operasi jabatan seperti penyewaan dan program anjuran jabatan,” katanya ketika membahas Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan 2022 peringkat jawatankuasa di Dewan Rakyat.

Ngeh Koo Ham (PH-Beruas) baru-baru ini menggesa kerajaan menyenaraikan perbelanjaan JAKIM kerana kerana peruntukan jabatan itu untuk tahun depan lebih tinggi daripada beberapa kementerian.

Secara keseluruhan, katanya, JAKIM diperuntukkan RM956 juta dan peruntukan mengurus hal ehwal Islam meningkat setiap tahun, daripada RM1.2 bilion pada 2019 kepada RM1.3 bilion pada 2020, RM1.4 bilion pada 2021 dan RM1.5 bilion tahun depan.

Mendakwa bajet itu berasaskan kaum dan tidak adil, beliau berkata, ia sepatutnya mencerminkan konsep Keluarga Malaysia.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.