
Kesemua yang terkandas berada dalam keadaan selamat selepas berlindung di sebuah pondok yang mempunyai bekalan elektrik di kawasan itu.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 7.26 malam.
Sepasukan lima pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Sentosa bersama jentera dan van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikerahkan ke tempat kejadian.
“Terdapat 11 mangsa terkandas di seberang sungai dan berada dalam pondok yang mempunyai bekalan elektrik,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
Norazam berkata, semua identiti mangsa masih belum diperolehi dan operasi menyelamat sedang dijalankan.