Pemimpin PN mula berkumpul di hotel, nantikan keputusan PRN

Pemimpin PN mula berkumpul di hotel, nantikan keputusan PRN

Hanya calon dan wakil calon dibenarkan masuk ke dewan yang disediakan dengan kawalan keselamatan, untuk melihat keputusan di semua 28 DUN yang ditandingi.

Pemimpin Perikatan Nasional (PN) mula tiba di sebuah hotel di bandar ini untuk melihat keputusan penuh pilihan raya negeri (PRN).
MELAKA TENGAH:
Pemimpin Perikatan Nasional (PN) mula tiba di sebuah hotel di bandar ini untuk melihat keputusan penuh pilihan raya negeri (PRN).

Antara yang dilihat hadir ialah Pengerusi PN Muhyiddin Yassin, Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin, Menteri Tenaga dan Sumber Asli Takiyuddin Hassan dan beberapa lagi pemimpin gabungan itu.

Bagaimanapun, hanya calon dan wakil calon dibenarkan masuk ke dewan yang disediakan dengan kawalan keselamatan.

Belum ada sebarang kenyataan rasmi mengenai sidang media diadakan selepas keputusan penuh diperolehi.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.