
Seramai 476,037 daripada keseluruhan 495,195 pengundi mula menunaikan tanggungjawab yang melibatkan 1,109 saluran di semua 28 Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka.
PRN kali ini menyaksikan seramai 112 calon bertanding yang terdiri daripada Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN), Pakatan Harapan (PH), Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Parti Perikatan India Muslim Malaysia (Iman) dan Bebas.
Daripada keseluruhan kerusi DUN, tiga kerusi melibatkan saingan enam penjuru, lima penjuru (enam), empat penjuru (lapan) dan tiga penjuru (11).

Calon BN DUN Tanjong Bidara Ab Rauf Yusoh mengundi di Sekolah Kebangsaan Jeram dan calon PN Mas Ermieyati Samsudin di Sekolah Kebangsaan Ramuan China Besar.
Waktu mengundi tamat pada 5.30 petang.

PRN Melaka diadakan berikutan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 4 Okt lepas selepas empat ADUN menarik sokongan terhadap Ketua Menteri Sulaiman Md Ali.