
Dalam sidang media, Rafiq berkata, semua pihak harus menghormati keputusan yang dibuat oleh pucuk pimpinan.
“Sebagai Pengerusi PN (Melaka) saya memberikan sokongan sepenuhnya kepada keputusan tersebut dan meminta semua jentera PN di seluruh negeri bekerja keras bagi kemenangan calon-calon PN,” katanya.
Beliau berkata, fokusnya sentiasa pada pengundi di Telok Mas dan beliau yakin mereka akan menyokongnya dalam pilihan raya negeri (PRN) esok.
“Saya telah berjumpa secara tidak langsung dengan pengundi di masjid-masjid ketika solat, di warung dan sokongan kepada PN di Telok Mas sangat positif.
“Saya yakin rakyat akan terjemah sokongan ini esok,” katanya.
Pengerusi PN Muhyiddin Yassin membuat pengumuman semalam mengenai pencalonan Mas Ermieyati, bukan Rafiq, untuk jawatan Ketua Menteri, jika PN memenangi PRN Melaka esok.
Penentang PN sebelum ini mengkritik keengganan pakatan itu menamakan calon Ketua Menterinya, dengan ada yang membuat spekulasi bahawa ia takut perkara itu akan menyebabkan keretakan dalam Bersatu dan PN.