
sebagai calon tunggal Ketua Menteri jika gabungan itu menang dalam pilihan raya negeri (PRN) Melaka Sabtu ini.
Pengumuman itu dibuat oleh Pengerusi PN Muhyiddin Yassin, hanya dua hari sebelum hari mengundi Sabtu ini berbanding Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) yang sudah pun menamakan calon Ketua Menteri masing-masing lebih awal.
“Keputusan pimpinan PN bersetuju menamakan Mas Ermieyati sebagai calon Ketua Menteri PN,” katanya pada sidang media di ibu pejabat gabungan itu di Kuala Lumpur hari ini.
Dengan pengumumkan itu, PN satu-satu gabungan yang mempertaruhkan wanita sebagai calon Ketua Menteri Melaka baharu.
Muhyiddin berkata, pemilihan Mas Ermieyati yang juga Ahli Parlimen Masjid Tanah dan calon bagi kerusi DUN Tanjung Bidara dilihat sebagai pemimpin yang disenangi rakyat Melaka serta bebas daripada isu.
Muhyiddin juga yakin rakyat Melaka bersedia untuk menerima calon Ketua Menteri wanita.
“Saya dapati pengundi Melaka cukup luas pengetahuan politik mahukan seorang pemimpin yang berwibawa, walaupun mereka tak sebut lelaki atau perempuan, tapi yang bersih dan ada pengalaman, kelayakan dan boleh buat kerja, good track record yang mana semua ini ada pada Mas Ermieyati.
“Saya fikir ini (Mas Ermieyati) adalah calon yang agak mudah diterima kalau dari segi budi bahasa santun peramah itu saya tak perlu cakap kerana beliau ahli politik lama, saya harap rakyat Melaka akan bersikap terbuka untuk terima beliau sebagai calon Ketua Menteri,” katanya.
Hadir sama semasa sidang media hari ini Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, Presiden Gerakan,Dominic Lau Hoe Chai dan pucuk pimpinan Perikatan Nasional.
Muhyiddin turut memaklumkan pencalonan Mas Ermieyati juga pertama kali dalam sejarah negara seorang wanita yang berkelayakan tinggi profesional muda mempunyai banyak pengalaman ditawarkan sebagai calon Ketua Menteri,
BN sebelum ini mengumumkan Sulaiman Md Ali sebagai calon Ketua Menteri sementara PH menamakan Adly Zahari sebagai calon tunggal jika gabungan itu memenangi PRN.
Terpulang pihak pandang rendah kemampuan PN
Dalam perkembangan sama ketika diminta mengulas jangkaan penganalisis politik bahawa PRN Melaka hanya pertembungan BN dan PH dimana parti lain tidak memberi cabaran besar termasuk PN untuk menang di negeri itu, Muhyiddin berkata ia terpulang kepada mana-mana pihak untuk memandang rendah kepada kemampuan gabungan itu.
“Takpalah, letakkan kita sebagai ‘underdog’ yang mungkin orang tak tahu tak kenal. Saya tak boleh nak mengangkat bakul sendiri. Ambil contoh di Sabah, waktu kita bertanding atas nama PN, PN baru tiga minggu ditubuhkan. Sekarang kita sudah membentuk kerajaan lebih setahun, terbukti ada kemampuan .
“Kadang-kadang mereka nak lupa rekod. mereka kalah di sana dan saya harap pengundi Melaka akan faham.
“Kita serah kepada kebijaksanaan pengundi. Jangan underestimate kebijaksanaan pengundi di Melaka,” katanya.