Calon SPM, STAM, UBPA boleh semak, muat turun jadual waktu peperiksaan

Calon SPM, STAM, UBPA boleh semak, muat turun jadual waktu peperiksaan

Jadual waktu peperiksaan boleh dimuat turun daripada laman web rasmi Lembaga Peperiksaan di alamat lp.moe.gov.my bermula hari ini.

Calon peperiksaan SPM,STAM dan UBPA kini boleh memuat turun dan memeriksa jadual peperiksaan di laman web rasmi Lembaga Peperiksaan di lp.moe.gov.my bermula hari ini. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Kementerian Pendidikan (KPM) telah menyediakan jadual waktu peperiksaan bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Ujian Pencapaian Bahasa Antarabangsa (UPBA) Tahun 2021.

Kementerian itu memaklumkan jadual waktu peperiksaan boleh dimuat turun daripada laman web rasmi Lembaga Peperiksaan di alamat lp.moe.gov.my bermula hari ini.

“Sehubungan dengan itu, semua calon diingatkan agar merujuk jadual waktu peperiksaan untuk mendapatkan maklumat mengenai tarikh, masa, kod dan kertas peperiksaan serta arahan yang perlu dipatuhi,” menurut kementerian itu dalam satu kenyataan.

KPM turut menasihati calon untuk merujuk garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) yang dimuat naik di portal rasminya (https://www.moe.gov.my/) bagi memastikan kelancaran pengurusan peperiksaan dan pencegahan penularan wabak Covid-19.

Sebelum ini, kementerian itu memaklumkan ketiga-tiga peperiksaan itu akan dilaksanakan pada Februari dan Mac tahun depan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.