5,413 kes baharu, Rt 1.05

5,413 kes baharu, Rt 1.05

Sebanyak tujuh kluster baru direkodkan.

PETALING JAYA:
Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 5,413 kes baharu Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata ini menjadikan keseluruhan jangkitan meningkat kepada 2,556,865 kes setakat ini.

Katanya, sebanyak 6,013 kes pulih, menjadikan jumlah keseluruhan pesakit yang sembuh 2,461,780.

Sebanyak 545 pesakit dirawat di ICU dan 264 memerlukan bantuan pernafasan.

Sementara itu, Hisham berkata berdasarkan data terkini pada 14 Nov, nilai Rt adalah 1.05.

Putrajaya mencatatkan nilai tertinggi iaitu 1.17, diikuti Negeri Sembilan (1.05) dan Kuala Lumpur, Selangor, Kelantan (1.04).

Negeri lain yang mencatatkan Rt di bawah 1.0 ialah Johor, Sabah, Kedah, Melaka, Terengganu, Pulau Pinang, Sarawak, Perak dan Labuan.

Dalam pada itu, Hisham berkata sebanyak tujuh kluster baharu Covid-19 dilaporkan.

Sebanyak 5,850 kluster dikesan setakat ini, dengan 252 daripadanya kluster aktif dan 5,598 kluster lagi sudah tamat.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.