Selepas ‘bercakaran’, TMJ hantar bunga, McD kepada MB Kedah

Selepas ‘bercakaran’, TMJ hantar bunga, McD kepada MB Kedah

"Kasi panas line tu wajiblah", seloroh Sanusi

Muhammad Sanusi Md Nor menyatakan penghargaannya kepada Tunku Ismail Sultan Ibrahim di atas pemberian beberapa set bungkusan makanan segera dan sejambak bunga hari ini. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor menyatakan penghargaannya kepada Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim di atas pemberian beberapa set bungkusan makanan segera dan sejambak bunga hari ini.

Sanusi telah membuat satu satu hantaran di Facebooknya sambil berseloroh dan menyatakan bahawa kalah atau menang itu merupakan adat dalam perlawanan.

“Menjunjung Kasih TMJ atas kiriman bunga dan Mcdonalds. Hari Khamis ini kita berentap lagi.

“Kalah, seri atau menang adalah adat perlawanan. Kasi panas line tu wajiblah,” katanya.

Tunku Ismail juga turut sama memuat naik satu video di Instagram Story miliknya yang menunjukkan wakil Tunku hadir dan memberikan sejambak bunga dan beberapa set bungkusan makanan dari restoran makanan segera kepada Sanusi.

Tunku juga meninggalkan caption di Instagramnya: “Tak diet? Salah satu cara nak buat badut gembira.”

Sebelum ini, “percakaran” di media sosial antara Sanusi yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), dengan TMJ yang saling membalas hantaran berhubung isu tunggakan gaji staf dan pemain Kedah.s:

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.