
Azmin berkata keputusan itu dibuat oleh kerajaan negeri Kedah dan bukannya parti.
Azmin berkata gabungan itu mahu mengekalkan “keadaan yang sangat harmoni di Malaysia, termasuk di Kedah, kerana masyarakat Malaysia berbilang kaum dan agama.
“Dengan ini, saya ingin melihat lebih banyak penglibatan dijalankan dengan pelbagai pihak dan masyarakat.” katanya.
Tambah Azmin, terdapat keperluan untuk lebih memahami dan saling menghormati.
Larangan pengoperasian premis perjudian itu diumumkan Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor semalam yang mengetuai kerajaan gabungan PN, PAS dan Bersatu, dengan sokongan Umno.
Sanusi berkata pihak berkuasa tempatan tidak akan memperbaharui lesen perniagaan kedai perjudian, yang berkuat kuasa melarang operasi ke atas pengendali nombor ramalan seperti Magnum 4D, Sports Toto dan Damacai.
Awal hari ini, beliau menggesa pengendali kedai perjudian supaya kreatif dan mencari jalan perniagaan lain.