Jawatankuasa RCI Tabung Haji akan dikemukan kepada Agong, kata Idris

Jawatankuasa RCI Tabung Haji akan dikemukan kepada Agong, kata Idris

Senarai jawatankuasa akan diumumkan selepas diperkenan Agong.

RCI ditubuhkan 14 Julai lalu mengikut Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 (Akta 119) bagi menyiasat isu-isu berbangkit mengenai TH.
KUALA LUMPUR:
Senarai Jawatankuasa Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Lembaga Tabung Haji (TH) akan dikemukakan kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Sultan Ahmad Shah sebelum diumumkan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Idris Ahmad.

Beliau berkata Mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat lalu telah membuat keputusan berhubung jawatankuasa berkenaan.

“Kita tertangguh oleh sebab sebelum ini ada (ahli jawatankuasa) yang kita lantik, dia tak setuju dan sekarang ini, sudah pun ada persetujuan dan insya-Allah kita akan kemukakan kepada Agong dan selepas itu akan diisytiharkan jawatankuasa RCI ini,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2022 peringkat dasar di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berharap RCI berkenaan dapat melunaskan tugas dalam tempoh tiga hingga enam bulan.

Pada 14 Julai lalu, kerajaan bersetuju menubuhkan RCI mengikut Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 (Akta 119) bagi menyiasat isu-isu berbangkit mengenai TH.

Penubuhan RCI antaranya bagi memastikan satu siasatan dalaman yang telus dan amanah dapat dilaksanakan demi memastikan TH telah menjalankan mandat dengan profesional dalam menguruskan wang deposit umat Islam.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.