
(Gambar Benama)
“Walaupun Cukai Makmur akan mengurangkan perolehan tertahan bank untuk tahun depan, keuntungan keseluruhan mereka dijangka kekal didorong oleh peningkatan pertumbuhan pinjaman berikutan pemulihan negara daripada kesan pandemik yang berpanjangan.
“(Ia akan turut disokong oleh) tahap peruntukan yang berpotensi lebih rendah pada tahun depan dalam keadaan beberapa penambahbaikan terhadap unjuran risiko kredit,” katanya pada sidang akhbar bersama BNM dan Jabatan Perangkaan mengenai prestasi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi suku ketiga 2021.
Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan sama ada cukai yang dicadangkan itu akan mengurangkan jumlah keuntungan bersih bank bagi tahun kewangan 2022 dan bagaimana ia akan bersedia dengan cukai baharu ini.
Semasa membentangkan Bajet 2022 Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz berkata, cukai itu dicadang diperkenalkan kepada syarikat yang menjana pendapatan bercukai tinggi dengan RM100 juta pertama akan dikenakan cukai pendapatan pada kadar 24% dan pendapatan bercukai selebihnya akan dikenakan cukai pendapatan pada kadar 33% bagi tahun taksiran 2022.
Ia dijangka membabitkan tidak lebih 250 syarikat.