Kejayaan PN urus Covid-19, rakyat lihat cahaya hujung terowong, kata Muhyiddin

Kejayaan PN urus Covid-19, rakyat lihat cahaya hujung terowong, kata Muhyiddin

Bekas Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata proses pemulihan negara tidak akan boleh dicapai dalam masa singkat.

Rakyat mula melihat cahaya dihujung terowong hasil kejayaan kerajaan PN mengurus Covid-19 lebih setahun yang lalu, menurut Muhyiddin Yassin.
KUALA LUMPUR:
Rakyat ketika ini mula melihat kejayaan dalam menangani Covid-19 hasil pelan yang dibuat oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebelum ini, menurut bekas Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, proses pemulihan negara tidak boleh dicapai dalam masa yang singkat.

“Seperti saya tekankan sebelum ini, proses pemulihan negara tidak berlaku dalam sehari dua.

“Alhamdulillah hari ini rakyat mula lihat cahaya dihujung terowong hasil kejayaan kerajaan PN menguruskan Covid-19 lebih setahun yang lalu,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2022 di Dewan Rakyat.

Dalam pada itu Muhyiddin berkata, program vaksinasi mantap yang dimulakan kerajaan PN pada Feb lalu turut menunjukkan hasil pada hari ini.

Katanya, hasil program vaksinasi yang mantap juga menunjukkan kes Covid-19 semakin menurun.

“Ekoran vaksinasi yang mantap, Malaysia muncul negara yang catat (kadar) imunisasi tertinggi di dunia,” katanya.

Muhyiddin juga berkata, beliau mengalu-alukan inisiatif dalam Bajet 2022, terutamanya usaha kerajaan meneruskan pelbagai bentuk bantuan langsung kepada rakyat.

Katanya, ini di samping insentif untuk melonjakkan sektor industri dan perniagaan bagi meringankan beban semua pihak yang terkesan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.