PRN Sarawak: SUPP sudah serah nama calon PRN kepada Abg Jo

PRN Sarawak: SUPP sudah serah nama calon PRN kepada Abg Jo

Presiden SUPP Sim Kui Hian berkata mengikut tradisi, SUPP bertanding di 20 kerusi pada PRN.

Presiden SUPP Sim Kui Hian berkata, tujuh penyandang akan bertanding semula dalam pilihan raya akan datang. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) telah menyerahkan nama senarai calonnya yang dirancang untuk bertanding dalam pilihan raya negeri (PRN) Sarawak ke-12 ini kepada Ketua Menteri, merangkap Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) Abang Johari Openg.

Presiden SUPP Sim Kui Hian dipetik Bernama berkata, mengikut tradisi, SUPP bertanding di 20 kerusi pada PRN.

“Apa yang boleh saya katakan sekarang, tujuh penyandang akan bertanding semula dalam pilihan raya akan datang,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Jumaat lepas Abang Johari berkata Dewan Undangan Negeri Sarawak terbubar berkuat kuasa 3 Nov, selaras dengan perkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah bahawa Proklamasi Darurat bagi Sarawak ditamatkan pada tarikh berkenaan, sekali gus memberi laluan kepada pilihan raya negeri.

Sehubungan itu GPS yang merangkumi komponen Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Sarawak (PRS), SUPP dan Parti Demokratik Progresif (PDP) dilaporkan akan bertanding di semua 82 kerusi Dewan Undangan Negeri yang akan dipertandingkan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.