
Timbalan Ketua Polis negeri Norhalid Kimi berkata, jumlah tersebut menunjukkan peningkatan RM2.4 juta berbanding tempoh sama tahun lalu, dengan rampasan tertinggi melibatkan dadah jenis syabu sebanyak 15.8kg, diikuti pil kuda (11.79kg) dan heroin (4.38kg).
“Selain itu, 1,159 orang ditangkap atas pelbagai kesalahan dalam tempoh 10 bulan tahun ini berbanding 882 orang bagi tempoh sama tahun lalu.
“Peningkatan itu antaranya disebabkan tumpuan diberikan polis terhadap pengedar dadah dalam kategori bekalan dan penagih tegar,” katanya pada sidang media selepas menghadiri majlis serahan barang kes narkotik untuk program pelupusan 2021 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu, semalam.
Turut hadir, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Terengganu Tium Ming Kung.
Sebanyak 92.8kg dan 100,000 liter dadah termasuk pil kuda, syabu, ubat batuk, ganja dan daun ketum bernilai RM5.6 juta dilupuskan dalam program tersebut.
Dalam pada itu Norhalid berkata, pasukan narkotik kini sedang giat melaksanakan Ops Jihad Dadah 2.0 di 21 kawasan yang dikenal pasti menjadi tumpuan penagih dan pengedar dadah.