‘Bapa lockdown Malaysia’ punca kehancuran kewangan, hidup rakyat

‘Bapa lockdown Malaysia’ punca kehancuran kewangan, hidup rakyat

Bekas Perdana Menteri Najib Razak berkata 'lockdown' itu dilaksanakan secara separuh masak dan mempunyai tempoh yang sangat lama di dunia.

Najib berkata, selain tempoh ‘lockdown’ yang terlalu lama, kadar kematian di negara ini juga adalah tertinggi di Asean dan antara yang tertinggi di dunia bagi tahun ini. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Bekas Perdana Menteri, Najib Razak mendakwa pelaksanaan ‘lockdown’ separuh masak oleh ‘bapa lockdown Malaysia’ menghancurkan kedudukan kewangan dan kehidupan rakyat.

Sinar Harian melaporkan, Najib bagaimanapun tidak menyebut secara jelas siapakah ‘bapa lockdown Malaysia’ yang dimaksudkannya itu.

Beliau turut mendakwa, “lockdown” itu adalah antara yang paling panjang tempohnya di dunia.

“‘Lockdown’ separuh masak yang merupakan antara yang paling panjang tempohnya dalam dunia telah dilaksanakan ‘bapa lockdown Malaysia’ daripada kerajaan terdahulu.

“Ia telah menghancurkan (kedudukan) kewangan dan kehidupan ramai tetapi kadar jangkitan serta kematian Covid-19 (tetap tinggi) berbanding saiz penduduk,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan (Bajet) 2022 di Dewan Rakyat semalam.

Tegasnya, selain tempoh “lockdown” yang terlalu lama, kadar kematian di negara ini juga adalah tertinggi di Asean dan antara yang tertinggi di dunia bagi tahun ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.