Isu arak Timah tunjukkan perlunya hormati satu sama lain, kata Ahli Parlimen Amanah

Isu arak Timah tunjukkan perlunya hormati satu sama lain, kata Ahli Parlimen Amanah

Salahuddin Ayub berkata umat Islam di negara ini sensitif dengan nama Timah yang digunakan untuk wiski buatan Malaysia itu.

Salahuddin Ayub yang bercakap mengenai sensitiviti memberi contoh antaranya untuk orang Islam supaya tidak mengorbankan seekor lembu di hadapan jiran yang beragama Hindu.
KUALA LUMPUR:
Seorang Ahli Parlimen Amanah, yang membicarakan mengenai kontroversi wiski Timah, hari ini berkata, menghormati antara satu sama lain ketika ini menjadi satu keperluan di Malaysia.

Salahuddin Ayub (PH-Pulai) memberi contoh seorang Muslim tidak akan mengorbankan seekor lembu di hadapan jirannya yang beragama Hindu, walaupun itu adalah hak orang Islam untuk menyembelih lembu pada Aidiladha.

“Saya boleh melakukan korban di hadapan rumah saya, tetapi tidak wajar saya berbuat demikian,” katanya yang memperjelaskan tentang menghormati kepercayaan agama jirannya.

“Begitu juga dengan (nama) Timah. Kita hidup dalam negara orang Melayu Islam. Jadi, sensitiflah sikit,” katanya semasa membahaskan bajet 2022 di Dewan Rakyat.

Saifuddin berkata tiada sekatan ke atas orang bukan Islam menghasilkan dan meminum minuman keras “tetapi orang Islam Malaysia sensitif terhadap nama wiski itu”.

Semasa perbahasan, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Alexander Nanta Linggi mencelah, dan mengatakan bahawa nama itu adalah isu kecil di Sabah dan Sarawak.

“Hakikatnya nama Timah adalah merujuk kepada perlombongan bijih timah,” katanya.

Antara kritikan terhadap wiski Timah termasuk namanya yang dikatakan sebagai singkatan kepada nama Fatimah, manakala bantahan turut dibangkitkan mengenai imej seorang lelaki pada label yang disifatkan menyerupai seorang lelaki Islam berumur memakai kopiah.

Pengeluar wiski itu berkata, Timah bermaksud bijih timah dalam bahasa Melayu dan merujuk kepada perlombongan bijih timah yang menyemarakkan kejayaan awal negara dalam pembangunan, manakala imej berkenaan adalah Capt Tristram Speedy dari Larut, iaitu pentadbir kolonial yang dikaitkan dengan perlombongan bijih timah di kawasan itu.

Sabtu lalu, Kabinet bersetuju untuk menghalang pengeluaran barangan dengan jenama yang boleh menjejaskan sensitiviti orang dari mana-mana kaum atau agama.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.