44 kematian Covid-19, terendah sejak 15 Mei

44 kematian Covid-19, terendah sejak 15 Mei

Daripada jumlah itu, empat jumlah korban dikategorikan sebagai kematian di luar hospital.

Jumlah kematian semalam adalah terendah pernah dicatatkan sejak 15 Mei yang merekodkan sebanyak 46 kematian.
PETALING JAYA:
Kementerian Kesihatan melaporkan sebanyak 44 kes kematian semalam, menurut perincian dikeluarkan GitHub.

Angka berkenaan menyaksikan jumlah kematian terendah pernah dicatatkan sejak 15 Mei yang merekodkan sebanyak 46 kematian.

Daripada jumlah angka korban semalam, empat daripadanya diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital (BID).

Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 69,153 kes aktif dilaporkan termasuk 570 yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan 293 yang memerlukan alat bantuan pernafasan.

Selain itu, sebanyak 6,715 kes sembuh dilaporkan. Jumlah keseluruhan kes Covid-19 yang direkodkan di Malaysia setakat ini mencecah angka 2,466,663.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.