11 kluster baharu Covid-19, 8 babit tempat kerja, pendidikan

11 kluster baharu Covid-19, 8 babit tempat kerja, pendidikan

Dua lagi kluster komuniti dan baki satu membabitkan kumpulan berisiko tinggi.

Terdapat 460 kluster aktif Covid-19 di seluruh negara.
PETALING JAYA:
Kementerian Kesihatan mengesan 11 kluster baharu Covid-19 dengan masing-masing empat membabitkan tempat kerja dan sektor pendidikan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, dua lagi adalah kluster komuniti dan baki satu lagi kumpulan berisiko tinggi.

Katanya, kluster terbabit dikesan di Johor, Negeri Sembilan, Melaka, Selangor, Pulau Pinang, Pahang dan Kelantan.

Perincian kluster seperti berikut:

  • Kluster Industri PLO Enam Kulai (Kulai) dengan 11 kes.
  • Kluster Industri Tiong (Tampin) dengan 13 kes.
  • Kluster Lot 10 Bentong (Bentong, Temerloh dan Raub) dengan 34 kes.
  • Kluster Industri Jalan 9/1 (Hulu Langat) dengan 21 kes.
  • Kluster KM24 Kok Lanas (Kota Bharu) dengan 11 kes.
  • Kluster Jalan Hang Tuah Jaya (Alor Gajah dan Melaka Tengah) dengan 18 kes.
  • Kluster Jalan Permatang Bendahari (Seberang Perai Utara) dengan 16 kes.
  • Kluster Jalan Pahlawan Kluang (Kluang) dengan 11 kes.
  • Kluster Lebuh Mcnair (Timur Laut) dengan 16 kes.
  • Kluster Jalan Parit Lapan (Sabak Bernam) dengan 16 kes.
  • Kluster Parit Enam Belas (Sabak Bernam) dengan 25 kes.

Hisham berkata, sebanyak 5,763 kluster Covid-19 dikesan di seluruh negara setakat ini, dengan 460 daripadanya kluster aktif dan 5,303 lagi sudah tamat.

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.