8 kluster Covid-19, 5 babit tempat kerja

8 kluster Covid-19, 5 babit tempat kerja

Kluster dikesan di Pulau Pinang, Labuan, Kuala Lumpur, Selangor, Pahang dan Johor.

Terdapat 474 kluster aktif di seluruh negara.
PETALING JAYA:
Kementerian Kesihatan mengesan lapan kluster baharu Covid-19, dengan lima daripadanya membabitkan tempat kerja.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, selebihnya masing-masing satu merupakan kluster komuniti, kumpulan berisiko tinggi dan sektor pendidikan.

Katanya, kluster berkenaan dikesan di Johor, Selangor Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Pahang dan Labuan.

Perincian kluster seperti berikut:

  • Kluster Industri Jalan Kemajuan Bangi 2 (Hulu Langat) dengan 29 kes.
  • Kluster Industri Jalan Telok Mengkuang (Kuala Langat) dengan 15 kes.
  • Kluster Jalan Besi (Lembah Pantai) dengan 8 kes.
  • Kluster Paya Pasir (Maran) dengan 15 kes.
  • Kluster Industri Banang Jaya (Batu Pahat) dengan 18 kes.
  • Kluster Jalan Batu Gantung (Timur Laut) dengan 42 kes.
  • Kluster Jalan Marsom (Sabak Bernam) dengan 10 kes.
  • Kluster Merinding 2 (Labuan) dengan 11 kes.

Hisham berkata, sebanyak 5,752 kluster Covid-19 dikesan di seluruh negara setakat ini dengan 474 daripadanya adalah kluster aktif dan 5,278 lagi sudah tamat.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.