
Beliau berkata, terapi sedemikian bukan sahaja membantu menjaga kesihatan tetapi adalah intervensi penting bagi penjagaan pemulihan.
Malaysia mengiktiraf usaha Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk meningkatkan manfaat T&CM, tambahnya.
“Bagi perubatan tradisional, populasi Malaysia yang majmuk memberi kita peluang memanfaatkan kekayaan ilmu dan amalan orang Melayu, Cina, India, dunia Islam dan masyarakat Orang Asli.
“T&CM membuat sumbangan penting di sini, terutamanya apabila lebih ramai orang mengambil berat terhadap kesihatan mereka,” katanya pada sesi ke-72 Mesyuarat Jawatankuasa Rantau Pasifik Barat WHO (RCM72).
Khairy berkata, Malaysia akan memastikan T&CM dan amalannya wujud seiring dengan perubatan moden dalam sistem penjagaan kesihatan.
“Malaysia sentiasa menjadi peserta yang bersemangat dalam usaha WHO membangunkan T&CM di peringkat tempatan dan merentasi sempadan.
“Malaysia menyokong dan ternanti-nanti untuk menerima dan membantu dalam melaksanakan rangka kerja serantau bagi memanfaatkan perubatan tradisional dan komplementari demi kesihatan dan kesejahteraan di Pasifik Barat,” katanya.