Isteri leka main TikTok punca suami ugut cerai

Isteri leka main TikTok punca suami ugut cerai

Ketua Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk negeri Terengganu, Moktar Salleh berkata kes perceraian dengan alasan remeh-temeh dan tidak munasabah sering dilaporkan.

Seorang lelaki mengugut mahu menjatuhkan talak jika isterinya masih berterusan bermain TikTok.
PETALING JAYA:
Gara-gara tidak suka melihat isteri leka bermain TikTok menyebabkan seorang suami mengugut untuk menceraikannya.

Kes itu didedahkan oleh Ketua Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk negeri Terengganu, Moktar Salleh yang berkata, kes perceraian dengan alasan remeh-temeh dan tidak munasabah sering berlaku dalam masyarakat hingga kini.

Kata Moktar, perceraian membabitkan pasangan berusia 30-an itu berjaya dielakkan menerusi syarat yang dikemukakan si suami.

“Lelaki itu cemburu apabila ramai yang memberikan tanda suka kepada hantaran isterinya yang tular.

“Walaupun disuruh berhenti TikTok, tetapi isterinya enggan, jadi, lelaki itu mengugut mahu menjatuhkan talak jika pasangannya masih berterusan bermain aplikasi itu,” katanya, menurut laporan Utusan Malaysia.

Katanya, lelaki terbabit bersetuju memberi masa kepada isteri untuk berubah sebelum kes itu dirujuk ke Mahkamah Syariah.

Dalam pada itu, Moktar menasihatkan agar pasangan suami isteri tidak menggunakan lafaz talak sesuka hati sekiranya berdepan masalah.

Untuk rekod, kes perceraian di Terengganu tahun lalu mencatatkan penurunan kepada 1,617 berbanding tahun sebelumnya, iaitu 2,691 kes.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.