9 kluster baharu Covid-19, 6 babit tempat kerja

9 kluster baharu Covid-19, 6 babit tempat kerja

Kluster dikesan Selangor, Kedah, Perak, Kelantan dan Kuala Lumpur.

Terdapat 494 kluster aktif di seluruh negara.
PETALING JAYA:
Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan sembilan kluster baharu Covid-19, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah.

Dalam kenyataan beliau berkata, daripada jumlah itu enam kluster membabitkan tempat kerja, serta masing-masing satu melibatkan sektor pendidikan, kumpulan berisiko tinggi dan komuniti.

Kluster berkenaan dikesan di Selangor, Kedah, Perak, Kelantan dan Kuala Lumpur.

Perincian kluster seperti berikut:

  • Kluster Jalan Tasik Selatan Tiga (Cheras) dengan 7 kes.
  • Kluster Persiaran Bukit Kiara (Kepong dan Lembah Pantai) dengan 5 kes.
  • Kluster Jalan Raja Muda (Titiwangsa dan Cheras) dengan 10 kes.
  • Kluster Industri Persiaran Kemajuan (Hulu Langat, Sepang, Kuala Langat dan Petaling) dengan 80 kes.
  • Kluster Industri Dua Jalan Sepuluh MIEL (Hulu Langat dan Sepang) dengan 17 kes.
  • Kluster Dah Batu 8 (Kuala Muda dan Yan) dengan 65 kes.
  • Kluster Jalan Danau Saujana (Titiwangsa) dengan 7 kes.
  • Kluster Jalan Besar Tanjung (Kinta dan Kuala Kangsar) dengan 24 kes.
  • Kluster Jalan Kuari (Kota Bharu dan Bachok) dengan 12 kes.

Hisham berkata, sebanyak 5,744 kluster dikesan di seluruh negara setakat ini, dengan 494 daripadanya kluster aktif dan 5,250 kluster lagi sudah tamat.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.