
PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan mengesan tujuh kluster baharu Covid-19 dengan lima daripadanya membabitkan tempat kerja.
Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, masing-masing satu lagi adalah kluster komuniti dan sektor pendidikan.
Katanya, kluster terbabit dikesan di Johor, Negeri Sembilan, Melaka, Perak, Kedah dan Sabah.
Perincian kluster seperti berikut:
- Kluster Industri Jalan Besi Tujuh (Kulai) dengan 9 kes.
- Kluster Jalan Bacang Tampoi (Johor Bahru) dengan 7 kes.
- Kluster Dah Jalan Raya (Bandar Baharu) dengan 11 kes.
- Kluster Industri Jalan Elkay Utama 2 (Jasin) dengan 75 kes.
- Kluster Industri Jalan Tepi Sungai (Hilir Perak) dengan 14 kes.
- Kluster Kimolohing (Ranau) dengan 49 kes.
- Kluster Jalan Seremban Tiga (Seremban) dengan 17 kes.
Hisham berkata, sebanyak 5,735 kluster dikesan di seluruh negara setakat ini dengan 506 daripadanya kluster aktif dan 5,229 lagi sudah tamat.