3 termasuk eksekutif GLC ditahan SPRM

3 termasuk eksekutif GLC ditahan SPRM

Kesemua mereka berusia 40 hingga 57 tahun itu ditahan kira-kira 4.30 petang, hari ini, di Pejabat SPRM Selangor.

Tiga individu termasuk seorang eksekutif syarikat berkaitan kerajaan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Selangor kerana disyaki menyalahgunakan kedudukan.
PETALING JAYA:
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor menahan seorang eksekutif syarikat berkaitan kerajaan (GLC), hari ini, kerana disyaki menyalahgunakan kedudukan dalam urusan projek di syarikat GLC tersebut.

Selain lelaki itu, dua individu ditahan kerana disyaki terbabit dalam projek tersebut iaitu seorang lelaki dan wanita, masing-masing pemilik syarikat swasta.

Kesemua mereka yang berusia antara 40 hingga 57 tahun itu ditahan kira-kira 4.30 petang di Pejabat SPRM Selangor ketika hadir memberi keterangan.

Bernama memetik sumber berkata, eksekutif syarikat GLC terbabit telah menggunakan kedudukannya sebagai ketua projek dengan mengesyor dan melantik proksinya sebagai pengurus projek di syarikat swasta itu bagi menguruskan projek tersebut bagi pihaknya.

Difahamkan ketiga-tiga mereka akan dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam, esok, bagi permohonan reman.

Pengarah SPRM Selangor Alias Salim ketika dihubungi, mengesahkan penahanan tersebut, namun enggan mengulas lanjut.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.