Bekas Ahli Parlimen PKR ganti pemimpin Bersatu ketuai MPOC

Bekas Ahli Parlimen PKR ganti pemimpin Bersatu ketuai MPOC

Pelantikan Larry Sng berkuat kuasa 1 Okt lalu.

Larry Sng mengambil alih jawatan Pengerusi Majlis Minyak Sawit Malaysia daripada Osman Sapian.
PETALING JAYA:
Ahli Parlimen Julau, Larry Sng yang meninggalkan PKR Februari lalu, dilantik sebagai Pengerusi Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC).

MPOC menerusi Facebooknya malam ini mengucapkan tahniah kepada bekas pemimpin PKR Sarawak itu atas pelantikannya.

Menurut catatan Facebook itu, pelantikannya berkuat kuasa 1 Okt lalu.

Sng menggantikan bekas Menteri Besar Johor, Osman Sapian yang dilantik sebagai Pengerusi MPOC pada Mei 2020, susulan pertukaran kerajaan di peringkat persekutuan.

Tidak diketahui mengapa Osman digantikan, tetapi beliau dimasukkan ke hospital awal bulan ini selepas dilaporkan diserang strok.

Sng meninggalkan PKR pada akhir Februari lalu dan memutuskan menukar sokongannya kepada kerajaan Perikatan Nasional yang diketuai Presiden Bersatu dan bekas Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.