
Menurut dokumen dilihat oleh The Straits Times, Kementerian Pengangkutan negara itu juga mahu memperoleh sistem yang mampu menjejaki maksimum 2,000 kenderaan pada satu-satu masa.
Ini akan digunakan untuk menjejak orang ramai yang memandu masuk ke Singapura sementara mereka menuju ke kemudahan parkir dikhususkan yang terletak berhampiran Jejambat Bukit Batok.
Jurucakap Kementerian Pengangkutan republik itu berkata, ini akan memudahkan pengembara dari Malaysia yang memasuki Singapura menaiki kenderaan sendiri, sebelum mereka memenuhi syarat notis duduk di rumah (SHN).
Menurutnya, buat masa ini pengembara dibenarkan meletakkan kenderaan di tempat penginapan atau pejabat sebelum meneruskan dengan SHN.
Kementerian Kesihatan Singapura mengklasifikasikan Malaysia sebagai negara risiko Kategori 4, bererti rakyat negara ini yang memasuki republik itu perlu menghabiskan SHN selama 10 hari di satu lokasi yang ditetapkan.