Remaja maut digilis jentera penggelek beroda ketika turap jalan

Remaja maut digilis jentera penggelek beroda ketika turap jalan

Polis berkata, mangsa yang parah di seluruh badan dihantar ke Hospital Bintulu, sebelum disahkan meninggal dunia.

Polis berkata, jentera penggelek beroda yang bergerak perlahan dari arah hadapan merempuh mangsa menyebabkan remaja terbabit digilis lalu terperosok ke bawah jentera itu. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Seorang remaja maut digilis jentera penggelek beroda ketika kerja penurapan jalan dilakukan dekat lampu isyarat Siong Boon di Jalan Johari Sunam, Bintulu semalam.

Difahamkan, mangsa ialah Jeffry Jaya, 17.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Alexson Naga Chabu berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada 9.40 malam.

Katanya, siasatan awal mendapati mangsa dikatakan sedang melakukan kerja di tepi jalan itu pada 5.15 petang.

“Tiba-tiba, jentera dikendalikan lelaki berusia 57 tahun yang bergerak perlahan dari arah hadapan merempuh mangsa menyebabkan dia digilis lalu terperosok ke bawah jentera itu.

“Rakan sekerja lain berteriak bahawamangsa digilis menyebabkan pengendalinya memberhentikan jentera serta-merta,” katanya dipetik Harian Metro.

Beliau berkata, mangsa yang parah di seluruh badan dihantar ke Hospital Bintulu, sebelum disahkan meninggal dunia.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Polis sedang menjalankan siasatan terperinci berhubung insiden yang meragut nyawa remaja lelaki ini,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.