
Difahamkan, penunggang motosikal berusia 21 tahun mengalami cedera parah di paha dan kini dirawat di Hospital Kota Tinggi.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Hussin Zamora berkata, kejadian berlaku kira-kira 11.55 pagi, melibatkan motosikal mangsa dan sebuah lori dipandu lelaki tempatan bersama kelindan.
“Kemalangan dipercayai berlaku semasa mangsa yang menunggang motosikal dari arah Kuala Sedeli ke arah Mawai tiba-tiba dilanggar dari belakang oleh sebuah lori dari arah yang sama.
“Akibat daripada pelanggaran tersebut penunggang motosikal mengalami kecederaan parah di paha, manakala pembonceng berusia dua tahun meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Hussin berkata, kes akan disiasat dibawah seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya sentiasa peka dan mematuhi peraturan undang-undang jalan raya yang telah ditetapkan demi keselamatan pengguna yang lain.