Anggota bomba dihanyut arus meninggal dunia

Anggota bomba dihanyut arus meninggal dunia

Perkara itu disahkan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka Abu Bakar Katain dalam kenyataan awal pagi tadi.

Anggota bomba Mohd Diya Che Jusoh meninggal dunia pada 3.11 pagi tadi di Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Melaka, menurut Abu Bakar Katain. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Anggota bomba yang nyaris lemas selepas tidak sedarkan diri dan dihanyutkan arus ketika membantu mangsa banjir di Kampung Sungai Putat, Ayer Keroh meninggal dunia awal pagi tadi ketika dirawat di Hospital Melaka.

Perkara itu disahkan oleh Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka Abu Bakar Katain.

Terdahulu, Abu Bakar dilaporkan berkata, mangsa Mohd Diya Che Jusoh masih tidak sedarkan diri dan dalam keadaan kritikal serta bergantung kepada alat bantuan pernafasan.

“Dukacita dimaklumkan bahawa, PBK II (KUP) Mohd Diya bin Che Jusoh, anggota bomba yang terlibat dalam kejadian lemas di Sungai Putat, Melaka telah meninggal dunia pada 3.11 pagi di Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Melaka.

“Warga Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Negeri Melaka merakamkan ucapan takziah dan amat berdukacita atas insiden tersebut,” katanya dalam kenyataan.

Semalam, media melaporkan usaha menyelamatkan mangsa banjir nyaris mengakibatkan seorang anggota bomba lemas selepas tersangkut dalam aliran air deras banjir.

Dalam kejadian kira-kira 4 petang itu, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Melaka Tengah berkenaan, berjaya diselamatkan rakan sepasukannya dan dikejarkan ke Hospital Melaka bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.