Ajal dihempap traktor dipandu sendiri

Ajal dihempap traktor dipandu sendiri

Traktor yang sedang bergerak lurus secara tiba-tiba itu dikatakan hilang kawalan lalu terbalik dan menghempap pemandu terbabit.

Polis berkata, kejadian pukul 7 petang itu berlaku ketika mangsa, Loh Yi Hing, 62, sedang dalam perjalanan ke pejabat ladang sawit berkenaan.
PETALING JAYA:
Seorang lelaki maut selepas traktor yang dipandunya terbalik dan menghempapnya di ladang sawit Sungai Derhaka di Sungai Lembing, Kuantan, Pahang semalam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang, Kamarulzaman Jusoh berkata, kejadian pukul 7 petang itu berlaku ketika mangsa, Loh Yi Hing, 62, sedang dalam perjalanan ke pejabat ladang sawit berkenaan.

“Apabila sampai di tempat kejadian ketika traktor sedang bergerak lurus ia secara tiba-tiba hilang kawalan lalu terbalik dan menghempap pemandu berkenaan.

“Akibat kemalangan itu, mangsa yang mengalami kecederaan parah di bahagian dada meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya menurut laporan Kosmo.

Beliau berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan untuk bedah siasat.

Jelasnya, siasatan masih giat dilakukan mengikut Seksyen 304 A Kanun Keseksaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.