213 warga asing ditahan dalam serbuan tapak binaan

213 warga asing ditahan dalam serbuan tapak binaan

Seramai 210 lelaki dan tiga wanita ditahan dengan majoriti adalah warganegara Bangladesh.

Menurut Jabatan Imigresen, mereka yang ditahan terdiri daripada warga Bangladesh, Indonesia, Pakistan, Vietnam, India dan Myanmar. (Gambar Facebook Jabatan Imigresen Malaysia)
PETALING JAYA:
Jabatan Imigresen menahan seramai 213 warga asing dalam serbuan di sebuah tapak pembinaan di Wangsa Maju, Kuala Lumpur selepas didapati melanggar pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen.

Dalam operasi bersepadu dijalankan jabatan itu dengan kerjasama polis, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), seramai 210 lelaki dan tiga wanita ditahan.

Jabatan Imigresen dalam kenyataan di Facebook berkata, mereka yang ditahan terdiri daripada 172 warga Bangladesh diikuti Indonesia (20 orang), Pakistan (10 orang), Vietnam (enam orang), India (tiga orang) dan Myanmar (dua orang).

“Antara kesalahan yang dilakukan adalah mengikut Seksyen 6(1)(c); Seksyen 15(1) (c) Akta Imigresen 1959/1963 serta Perkara 39 (b) Peraturan-Peraturan Imigresen.

“Semua pekerja warga asing yang terlibat dibawa ke Ibu Pejabat Imigresen, Putrajaya untuk proses dokumentasi,” menurut kenyataan itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.