3 daripada 4 kluster Covid-19 babit tempat kerja

3 daripada 4 kluster Covid-19 babit tempat kerja

Baki satu lagi kluster sektor pendidikan.

Terdapat 614 kluster aktif di seluruh negara.
PETALING JAYA:
Kementerian Kesihatan mengesan empat kluster baharu Covid-19, dengan tiga daripadanya membabitkan tempat kerja.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata baki satu lagi berkaitan sektor pendidikan.

Katanya, kluster itu dikesan di Selangor, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.

Perincian kluster seperti berikut:

  • Kluster Industri Jalan KPB Tujuh (Hulu Langat) dengan 13 kes.
  • Kluster Industri Jalan P/1 (Hulu Langat, Petaling, Sepang dan Klang) dengan 63 kes.
  • Kluster Lorong Jelawat Satu (Seberang Perai Tengah dan Utara) dengan 14 kes.
  • Kluster Jalan Setiawangsa Sepuluh (Titiwangsa) dengan 7 kes.

Hisham berkata, sebanyak 5,699 kluster dikesan di seluruh negara setakat ini, dengan 614 daripadanya kluster aktif dan 5,085 lagi sudah tamat.

PKPD

Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara, Rodzi Md Saad dalam kenyataan berkata, perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) di projek penempatan Orang Asli Pantos di Lipis, Pahang yang sepatutnya tamat esok dilanjutkan sehingga 4 Nov ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.