
Setakat ini, katanya, tiada syarat untuk peminjam bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) melengkapkan vaksin.
“Perkara ini (akan) dibincang dahulu,” katanya dipetik Sinar Harian selepas meninjau pusat pemberian vaksin (PPV) di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kuala Selangor hari ini.
“Kita (akan) melihat adakah ia serius. Kalau (ramai peniaga tidak lengkap vaksin) ada kemungkinan (mewajibkan) syarat terbabit.”
Ahli Parlimen Tanjong Karang berkata, peniaga wajar melindungi pelanggan mereka daripada risiko jangkitan Covid-19.
“Sudah pasti pelanggan yang datang berharap keselamatan dan kesihatan mereka dilindungi oleh peniaga. Sepatutnya peniaga dan pekerja mereka sudah lengkap dos vaksin Covid-19.
“Apa yang boleh saya katakan, peniaga tidak lengkap vaksin menyusahkan diri dan orang lain. Mereka pasti sukar masuk ke premis mensyaratkan dua dos lengkap seperti pasar atau pasar raya,” katanya sambil menambah pihaknya tiada statistik berhubung jumlah peniaga bawah MEDAC yang lengkap divaksin.