
PETALING JAYA: Indonesia akhirnya menamatkan kemarau 19 tahun untuk mendapatkan kembali Piala Thomas selepas berjaya mengalahkan China 3-0 pada perlawanan akhir di Arena Ceres, Aarhus, Denmark, hari ini.
Perseorangan lelaki pertama, Anthony Sinisuka Ginting memimpin Indonesia dengan mengalahkan Lu Guang Zu 18-21, 21-14, 21-16.
Pasangan beregu lelaki Fajar Alfian-Mohamad Rian Ardianto kemudian menumpaskan pasangan beregu He Ji Ting-Zhou Hao Dong dengan 21-12, 21-19.
Pemain Nombor 7 Dunia, Jonatan Christie berjaya merangkul kemenangan tiga perlawanan ke atas Li Shi Feng, dengan 21-14, 18-21, 21-14.
Kemenangan itu adalah kejayaan Piala Thomas ke-14 Indonesia dan yang pertama sejak 2002.