89 kematian baharu Covid-19 direkod semalam

89 kematian baharu Covid-19 direkod semalam

Daripada jumlah itu, 19 kes membabitkan kematian di luar hospital.

Sarawak mencatatkan kes kematian tertinggi iaitu sebanyak 15, menurut data dikeluarkan GitHub.
PETALING JAYA:
Kementerian Kesihatan melaporkan sebanyak 89 kes kematian Covid-19 semalam, menurut perincian dikeluarkan GitHub.

Daripada jumlah itu, 19 kes membabitkan kematian di luar hospital (BID).

Jumlah keseluruhan kematian di negara kini mencecah angka 27,770.

Sarawak mencatatkan kes kematian tertinggi iaitu sebanyak 15, diikuti Kelantan (14), Perak (13), Penang (sembilan), Pahang (lapan), Selangor (tujuh), Johor (enam), Sabah (lima), Kuala Lumpur (empat), Kedah dan Perlis, masing-masing tiga; serta Negeri Sembilan (dua).

Tiada kes kematian dilaporkan di Melaka, Terengganu, Labuan and Putrajaya.

Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 97,505 kes aktif dicatatkan termasuk 700 yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) selain 364 yang memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sebanyak 11,413 kes sembuh turut dilaporkan.

Jumlah kumulatif kes Covid-19 direkodkan di negara ini kini mencecah angka 2,377,033.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.